Wednesday, 22 January 2014

TAKLIMAT AWAL TAHUN PROGRAM LINUS 2.0 NKRA DAN EDARAN MODUL GURU SERTA MODUL MURID 2014

20-22 Januari 2014 (Isnin-Rabu)
Bilik Gerakan PPD Alor Gajah
Anjuran Unit LINUS PPD Alor Gajah

Kumpulan Sasaran : Semua sekolah rendah dalam daerah
Objektif Program:

  1. Menyampaikan maklumat terbaharu berkaitan penambahbaikan program LINUS 2.0 dan tatacara pentadbiran saringan.
  2. Mengedarkan modul LINUS (modul guru dan modul murid) kepada semua sekolah dalam daerah.
  3. Mengedarkan bahan-bahan sokongan LINUS iaitu Buku Log dan Modul Latihan Guru Pemulihan Khas.
  4. Mengadakan perbincangan secara profesional bersama-sama Penyelaras/Setiausaha LINUS berkaitan isu dan masalah yang dihadapi di sekolah.


MESYUARAT PENYELARASAN PEGAWAI MEJA LINUS BERSAMA-SAMA PEGAWAI FASILINUS NEGERI KALI 3/2013

15 Julai 2013 (Isnin)
Bilik Mesyuarat SK Lesong Batu
Anjuran Sektor Pengurusan Akademik, JPN Melaka

Kumpulan Sasaran : Pegawai JPN dan Pegawai FasiLINUS
Objektif Program:
  1. Membentangkan pelaporan aktiviti LINUS dari setiap daerah.
  2. Membentangkan perancangan setiap daerah hasil dapatan keputusan saringan 1/2013.
  3. Membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan program LINUS di peringkat daerah dan negeri.


Tuesday, 19 November 2013

PELAKSANAAN PEMERIKSAAN KHAS PROGRAM LINUS 2.0 NKRA BAGI TAHUN 2013

29 Julai - 2 Ogos 2013
Sekolah-sekolah terpilih dalam daerah
Anjuran Jemaah Nazir Jaminan Kualiti dengan kerjasama PPD Alor Gajah

Kumpulan Sasaran : 9 buah sekolah rendah dalam daerah
Objektif Program :
  1. Melaksanakan pemeriksaan penuh berkaitan pelaksanaan dan pengoperasian program LINUS di sekolah.
  2. Memberikan cadangan penambahbaikan kepada sekolah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program LINUS di peringkat pelaksana.
  

MESYUARAT PENYELARASAN PEGAWAI MEJA LINUS BERSAMA-SAMA PEGAWAI FASILINUS NEGERI MELAKA KALI KE 2/2013

6 Jun 2013 (Khamis)
Bilik Mesyuarat, SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, Ayer Keroh
Anjuran Sektor Pengurusan Akademik, JPN Melaka

Kumpulan Sasaran : Pegawai JPN dan Pegawai FasiLINUS
Objektif Program :
  1. Membentangkan pencapaian LINUS negeri Melaka.
  2. Membentangkan justifikasi LINUS bagi setiap daerah.
  3. Membincangkan tentang perancangan dan pelaksanaan kursus kelestarian LINUS.

Monday, 18 November 2013

TAKLIMAT LIP (LINUS IMPROVEMENT PLAN) PROGRAM LINUS DAERAH ALOR GAJAH 2013

17 - 19 Julai 2013 (Rabu - Jumaat)
Makmal Komputer, SK Alor Gajah 1
Anjuran Unit LINUS PPD Alor Gajah

Kumpulan Sasaran : Semua sekolah rendah dalam daerah
Objektif Program :
  1. Membuat perancangan penambahbaikan program LINUS di semua sekolah dalam daerah hasil dapatan keputusan saringan 1/2013.
  2. Memantau pelaksanaan program/aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.
  3. Memastikan semua sekolah bersedia menghadapi saringan 2/2013 seterusnya meningkatkan pencapaian keseluruhan daerah.


AUDIT LINUS SARINGAN 1/2013

10 Jun - 5 Julai 2013
Sekolah-sekolah terpilih dalam daerah
Anjuran Unit LINUS PPD Alor Gajah


Kumpulan Sasaran : 20 buah sekolah dalam daerah
Objektif Program :
  1. Membuat semakan dan audit keseluruhan program LINUS di sekolah hasil dapatan keputusan saringan 1/2013.
  2. Membuat cadangan penambahbaikan kepada sekolah berkaitan hasil dapatan audit.
  3. Memastikan sekolah sentiasa di landasan yang betul dalam melaksanakan dan menjayakan program LINUS.






TAKLIMAT LINUS DALAM PROGRAM LDP SEKOLAH

22 Jun 2013 (Sabtu)
Makmal Komputer, SK Rumbia
Anjuran SK Rumbia dengan kerjasama PPD Alor Gajah

Kumpulan Sasaran : Pentadbir dan semua guru
Objektif Program :
  1. Memberi pendedahan berkenaan pelaksanaan dan pengoperasian LINUS di sekolah secara terperinci.
  2. Menambah kefahaman kepada pentadbir dan semua guru berkaitan program LINUS.



TAKLIMAT PENAMBAHBAIKAN PROGRAM LINUS SELEPAS SARINGAN 1/2013

20 Jun 2013 (Khamis)
Bilik Mesyuarat, SK Pengkalan Balak
Anjuran SK Pengkalan Balak dengan kerjasama PPD Alor Gajah

Kumpulan Sasaran : Pentadbir dan Guru-Guru BM, BI, Matematik Tahap 1
Objektif Program :
  1. Memberikan maklumat terbaharu berkaitan pelaksanaan dan pengoperasian program LINUS di sekolah.
  2. Memberikan cadangan penambahbaikan kepada sekolah hasil dapatan audit LINUS selepas saringan 1/2013.


MESYUARAT PENYELARASAN PEGAWAI MEJA LINUS BERSAMA-SAMA PEGAWAI FASILINUS NEGERI MELAKA KALI 1/2013

30 Januari 2013 (Rabu)
Bilik Mesyuarat, PPD Jasin
Anjuran Sektor Pengurusan Akademik, JPN Melaka

Kumpulan Sasaran : Pegawai JPN dan Pegawai FasiLINUS
Objektif Program :
  1. Merancang pelaksanaan program LINUS sepanjang tahun 2013.
  2. Membentangkan perancangan setiap daerah bagi tahun 2013.
  3. Membincangkan dan menyelesaikan isu-isu berbangkit di peringkat negeri dan daerah.


TAKLIMAT PENYELARASAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM OUTREACH LINUS TEGAR KOHORT 2, TAHUN 2013

2 Mei 2013 (Khamis)
Bilik Mesyuarat PPD Alor Gajah
Anjuran Unit LINUS PPD Alor Gajah

Kumpulan Sasaran : Guru Pemulihan Khas (11 buah sekolah yang terlibat)
Objektif Program :
  1. Memberikan taklimat awal berkenaan perkara yang perlu disediakan oleh pihak sekolah untuk ke Program Outreach 2013.
  2. Memastikan keseragaman dari segi persediaan sekolah untuk ke program berkenaan.
  3. Menyelesaikan isu-isu yang wujud bagi sekolah-sekolah yang terlibat dalam menyediakan persiapan murid ke program berkenaan.