Program LINUS NKRA

PENDAHULUAN

YAB Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA) Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Ogos 2009.  Kementerian Pendidikan Malaysia menyedari bahawa isu asas Literasi dan Numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan.  Program Literasi dan Numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancang dengan lebih teliti dan sistematik.  KPM telah menyasarkan bahawa 100% murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi sebelum berakhir persekolahan Tahap 1.  Sasaran indeks prestasi NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.

LATAR BELAKANG PROGRAM

Salah satu daripada NKRA di mana semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas tiga (3) tahun mengikuti pendidikan rendah.  NKRA LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.  bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah Literasi dan Numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.

RASIONAL PROGRAM

Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran namum masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya

No comments:

Post a Comment